Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Man United kembali menang

    SUNDERLAND, 9 April – Manchester United kembali dengan rentak kemenangannya apabila berjaya menewaskan Sunderland 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light, sebentar tadi.

    Pasukan bimbingan Jose Mourinho membuka jaringan seawal minit ke-30 menerusi pemain bintang kelab Zlatan Ibrahimovic melalui rembatan kencang kaki kanan di luar petak D apabila tidak mensia-siakan hantaran cantik daripada Ander Herrera.

    Pemain pasukan Sunderland Sebastian Larsson dilayangkan kad merah pada minit ke-43 setelah secara keras mengasari Ander Herrera, bagaimanapun Herrera berupaya meneruskan permainan setelah menerima rawatan di luar padang.

    Perlawanan kekal 1-0 hingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.

    Henrikh Mkhitaryan kemudian mengukuhkan kedudukan buat pasukan red devils seminit selepas sepak mula separuh masa kedua, apabila berjaya menumpaskan penjaga gawang Sunderland Jordan Pickford selepas berjaya menggelecek bola masuk ke petak D dan seterusnya menyudahkan tendangan melalui kaki kiri.

    Pasukan Manchester United ketika meraikan jaringan pertama daripada Zlatan Ibrahimovic. – AP
    Pasukan Manchester United ketika meraikan jaringan pertama daripada Zlatan Ibrahimovic. – AP

    Perlawanan kelihatan berat sebelah dari awal permainan di mana Manchester United mengawal bola 71 peratus berbanding Sunderland 29 peratus.

    Manchester United melakukan beberapa serangan bahaya kepada pihak lawan, bagaimanapun berjaya ditepis oleh pertahanan Sunderland.

    Marcus Rashford melengkapkan kemenangan buat Manchester United apabila menjaringkan gol pada minit ke-89 melepasi Pickford setelah menerima hantaran bijak daripada Zlatan Ibrahimovic.

    Dengan keputusan itu, Manchester United kini menduduki tempat kelima liga dengan mengumpul 57 mata, sementara Sunderland kekal di tangga terbawah dengan 20 mata.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda