Man United sedia bangkit

WOLVERHAMPTON, United Kingdom, 15 Mac – Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United akan memberi respons selepas mencatat kekalahan pertama apabila United akan berdepan Wolves dalam peringkat suku akhir Piala FA awal pagi Ahad tatkala pengurus dari Norway itu hampir untuk menjadi pengurus United secara tetap.

Kemenangan menakjubkan United di Paris Saint-germain minggu lalu sekali gus mara ke peringkat lapan teratas dan berkemungkinan Solskjaer hampir menjadi pengganti Jose Mourinho untuk tempoh jangka masa panjang.

Sejak kemenangan di Perancis, United mencatat kekalahan pertama dalam saingan domestik selepas ditewaskan Arsenal dengan keputusan 2-0.

Dengan kekalahan itu, ia menjejaskan United untuk merebut kelompok empat teratas liga dan ditambah lagi dengan barisan pemain yang cedera baru-baru ini.

Menurut beberapa laporan menyatakan bahawa Solskjaer akan disahkan sebagai pengurus tetap semasa aksi antarabangsa nanti.

Skuad kendalian Solskjaer, United akan memberi respons selepas mencatat kekalahan pertama apabila United akan berdepan Wolves dalam peringkat suku akhir Piala FA esok. – AP

Pihak United tidak memberikan petanda sama ada lantikan itu adalah benar-benar berlaku tetapi minggu lalu terdapat khabar bahawa Solskjaer tidak mempunyai kontrak dengan bekas kelab, Molde.

Ia difahamkan bahawa United dan Molde telah bersetuju untuk memberikan pakej pampasan apabila Solskjaer dilantik secara tetap yang dijangka berjumlah AS$665,000.

Bagaimanapun, ahli-ahli lembaga United yang diterajui oleh Ed Woodward, turut berdepan isu yang mana pihak kelab dijangka akan menggantikan pengarah bola sepak kelab itu.

Dengan jangka masa untuk jawatan pengurus itu akan diisi sebelum musim berakhir, ia memberikan peluang kepada pendatang baharu itu untuk menyelia aktiviti perpindahan pemain.

Bekas penyerang United sebelum ini secara terbuka apabila ditanya oleh lembaga kelab berhubung dengan masa depan pembelian pemain, meskipun dia mendakwa bahawa ia tidak memberi kesan sama ada dia akan dilantik sebagai pengurus. – AFP