MANCHESTER, 26 Feb – Romelu Lukaku memulakan jaringan gol bagi enam pasukan kelompok teratas Liga Perdana Inggeris dan membuka peluang keemasan bagi kemenangan Manchester United yang bangkit dari ketinggalan dengan menumpaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford, semalam.
Kemenangan pasukan itu cukup berharga dan memberi kenangan manis kepada pengurus United, Jose Mourinho kerana bukan sahaja berjaya mengalahkan bos Chelsea Antonio Conte, malah berjaya memintas kedudukan Liverpool dan meletakkan pasukan itu berada pada kedudukan kedua.
Dalam pada itu, kejayaan Tottenham Hotspur menewaskan Crystal Palace telah menyebabkan kekalahan Chelsea gugur pada kedudukan yang kelima dalam Liga Perdana Inggeris.
Pasukan pelawat menikmati permulaan separuh masa pertama yang cemerlang tetapi gagal untuk menjarakkan jurang selepas Willian meletakkan pasukannya untuk mendahului perlawanan pada minit ke-32.

Namun, kemudian pada minit ketujuh, Lukaku membuat serangan pada jarak dekat hasil bantuan dari Lingard untuk mendahului tuan rumah dan mengambil kesempatan sepenuhnya dan membuat penyamaan mata pada minit ke-39.
Sementara itu pertelingkahan antara bos kedua-dua pasukan yang berterusan sejak beberapa bulan lalu telah menjadi bahan utama sebelum perlawanan dimulakan, akan tetapi kedua-dua pengendali itu kelihatan berjabat tangan antara satu sama lain sebelum wisel permulaan ditiupkan, malah mereka sempat berpelukan seketika selepas berakhirnya perlawanan antara dua pasukan.
Sementara itu, Mourinho menurunkan pemain bernilai £89 juta, Paul Pogba bagi memecahkan kebuntuan pasukan ketika bertembung dengan Sevilla pada Liga Juara-Juara Rabu lalu. – AFP