Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Man United unjur peningkatan perolehan

    LONDON, 17 Mei – Manchester United meramalkan rekod peningkatan hasil tahunan antara 560 juta pound (AS$721.8) dan 570 juta pound dalam angka kewangan suku tahunan terbaru yang dikeluarkan pada Selasa.

    United sebelum ini telah memberitahu para pelabur untuk menjangkakan pendapatan antara 530 juta pound dan 540 juta pound bagi tahun kewangan 2016-17.

    Royalti penyiaran bagi suku tahunan meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada 31.4 juta pound, sebahagian besarnya daripada tawaran hak televisyen Liga Perdana Inggeris yang baru.

    United gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara tetapi eksploitasi dalam Liga Europa telah membantu mereka mencatatkan keputusan kewangan yang kukuh.

    Mereka telah memenangi Piala Liga pada musim pertama Jose Mourinho sebagai pengurus dan akan menghadapi Ajax pada final Liga Europa pada 24 Mei untuk merebut satu-satunya kejohanan yang belum pernah mereka menangi.

    Mereka mesti memenangi Liga Europa untuk layak ke Liga Juara-Juara setelah gagal selesai di empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.

    United akan melihat pengurangan 30 peratus dalam perjanjian penajaan dengan Adidas dalam satu kerugian sebanyak 21 juta pound jika gagal melangkah ke Liga Juara-Juara dalam lapan tahun baki kontrak.

    Walaupun begitu, Woodward memberitahu para pelabur dalam panggilan persidangan menyatakan United telah membuat kemajuan besar di dalam dan luar padang di bawah Mourinho.

    United akan menerima 6.5 juta euro hadiah dalam bentuk wang jika mereka memenangi Liga Europa dan 3.5 juta euro jika mereka tewas pada final.

    Perbelanjaan operasi kelab meningkat 27 peratus kepada 129.8 pound sebahagiannya disebabkan kontrak yang ditawarkan kepada pemain baru termasuk Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic.

    United juga telah mengupah sejumlah besar kakitangan bukan permainan baru. Hutang bersihnya pula meningkat sebanyak 17.6 juta pound kepada 366.3 juta pound yang kelab katakan disebabkan oleh pengukuhan dolar AS. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda