Baru-baru ini saya ke sebuah pasar sayur dan buah di Sengkurong selepas sekian lama tidak ke sana sepanjang pandemik.
Dengan kod QR Bruhealth dimestikan di mana-mana untuk memudahkan pengesanan kontak, timbul persoalan di manakah pelekat Bruhealth di pasar tersebut?
Setahu saya pasar di Gadong ada kemudahan pelekat kod Bruhealth, jadi kenapa tidak ada di sana? Pasar Gadong lebih besar tetapi di Sengkurong kecil dan kebarangkalian bersentuhan dan tiada penjarakan fizikal amat besar.
Saya jadi gusar semasa membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di sana. Begitu juga sebuah pasar di Jerudong yang menurut seorang rakan turut tidak melaksanakan penggunaan kod tersebut atau sekurang-kurangnya mencatat nama orang yang mengunjunginya.
Cegah dulu