Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Insurans Islam TAIB dan anak-anak syarikatnya telah melancarkan promosi kempen ‘Manang $10,000 Bersama Insurans Islam TAIB’ yang berjalan sehingga 31 Januari 2021.
Majlis pelancarannya telah diadakan di Avenue 41, Kampung Kiarong, hari ini, di mana penjelasan mengenai telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Eksekutif Kanan Bahagian Pemasaran, Awang Norshahrul Azim bin Haji Abdul Rahman.
Beliau antara lain menjelaskan, kempen berkenaan memberi peluang kepada pelanggan yang menyertai mana-mana pelan atau skim Takaful akan berpeluang memenangi hadiah utama berupa wang tunai atau baucar petrol.
Untuk General Takaful, jelas beliau, adalah bagi mereka yang menyertai Skim Takaful Motor Komprehensif dan Skim Takaful Rumah Kediaman.
Manakala untuk Takaful Keluarga pula, pelan Takaful Gadaijanji bagi sewa beli, Pelan Takaful Siswa, Pelan Takaful Tenaga Pengajar, Pelan Takaful Gadaijanji dan pelan Takaful Pembantu Rumah Peribadi.
“Lebih banyak penyertaan untuk produk terpilih ini, lebih banyak peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan,” jelasnya.
Hadiah utama untuk kempen berkenaan ialah wang tunai $10,000 manakala itu, dua orang pemenang bertuah pula akan membawa pulang $2,000 setiap seorang dan baucar petrol bernilai $100 turut diberikan setiap minggu kepada pemenang.