Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Manatee Florida diselamatkan daripada kebuluran

-

MIAMI – Manatee Florida – yang semakin berdepan kebuluran, sebahagian besarnya akibat pencemaran – akan diberi makan secara langsung oleh pegawai hidupan liar, dalam apa yang mereka panggil sebagai langkah ‘belum pernah berlaku sebelum ini’ untuk mencegah kematian selanjutnya.

Program perintis akan bermula dengan Indian River Lagoon, di pantai timur Sunshine State di tenggara Orlando, menurut pengumuman pihak berkuasa persekutuan dan negeri.

Banyak Manatee berhijrah ke kawasan ini pada musim sejuk, untuk berjemur di dalam air suam yang dikeluarkan oleh loji jana kuasa berhampiran dan meragut rumput laut.

Tetapi sejak sedekad lalu, pengaliran dari ladang dan kawasan bandar berhampiran telah menyebabkan alga mekar berkembang biak, yang semakin mengancam sumber makanan utama mamalia laut itu.

Alga menghalang cahaya matahari, yang mana rumput laut perlukan untuk tumbuh, selain membebaskan toksin beracun.

Seekor Manatee berenang di kolam pemulihan di Pusat Penjagaan Kritikal David A Straz, Jr. Manatee di ZooTampa, Florida. – AFP

Sekurang-kurangnya 1,017 ekor manatee telah mati setakat ini pada tahun 2021, dengan bulan musim sejuk yang paling mematikan bakal tiba.

“Kejadian yang tidak pernah berlaku sebelum ini memerlukan tindakan yang belum pernah dibuat sebelum ini,” kata Thomas Eason, timbalan pengarah Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida.

Di bawah program baharu itu, hanya sebilangan kecil individu akan diberi kuasa untuk memberi makan Manatee di Indian River Lagoon dan hanya jika perlu, jelas Eason sambil mengulangi bahawa orang ramai tidak sepatutnya berbuat demikian.

Dalam kurungan, manatee diberi makan salad, kubis dan sayur-sayuran lain.

Haiwan itu juga dikenali sebagai lembu laut, Manatee ialah haiwan besar yang mempunyai kepanjangan kira-kira 10 kaki dan berat antara 360-540 kilogram.

Ia boleh makan sehingga 10 peratus daripada berat badannya setiap hari, jadi sebarang penurunan dalam pertumbuhan rumpai laut boleh membawa akibat yang teruk. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -