Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Manati rai hari jadi dengan penuh bergaya

    SINGAPURA, 26 Julai – Dengan alunan muzik jaz dan kek sayuran sebagai ganjaran istimewa, Canola seekor manati Singapura telah meraikan hari ulang tahunnya yang ke-3 dengan penuh gaya hari ini.

    Manati seberat hampir 300 kilogram itu (660 paun) berenang di sekeliling akuarium besar ketika kumpulan band jaz bermain di sebuah parti yang dihadiri lebih puluhan budak sekolah.

    Para penyelam yang membawa ‘kek’ setinggi dua meter (6.5 kaki) dihasilkan daripada gabungan daun ubi kentang manis dan lobak dan dihiasi dengan huruf ‘C’ daripada kubis, serta para tetamu menyanyikan lagu hari jadi.

    Pengurus akuarium menghantar ‘kek’ bagi Canola, bagi meraikan hari jadinya ke-3 di River Safari, Singapura pada 26 Julai. – AFP
    Pengurus akuarium menghantar ‘kek’ bagi Canola, bagi meraikan hari jadinya ke-3 di River Safari, Singapura pada 26 Julai. – AFP

    Festival itu disertai bersama oleh 12 manati lain dalam sekawanan Canola, yang berasak-asak untuk memakan kek dalam akuarium berkenaan.

    Canola adalah maskot bagi River Safari, sebuah taman hidupan liar di Singapura. Ia lahir di sana namun dijaga oleh kakitangan River Safari selepas ditinggalkan oleh ibunya.

    Manati merupakan mamalia marin yang mempunyai sayap sirip, ekor leper dan kepala bentuk telur. Ia diklasifikasikan sebagai haiwan ‘terancam’ oleh kumpulan pelindung Persatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -