Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Manchester City didakwa langgar peraturan kewangan

LONDON, 7 FEB – Manchester City boleh dipotong mata atau disingkirkan dari Liga Perdana selepas juara England itu didakwa melanggar lebih 100 peraturan kewangan, kelmarin.

Liga Perdana Inggeris telah merujuk City kepada suruhanjaya bebas berhubung dakwaan pelanggaran peraturan antara 2009/10 dan 2017/18, tempoh di mana kelab itu mengambil langkah pertama mereka untuk menjadi kuasa besar dalam bola sepak Inggeris.

City, bulan lalu berada di kedudukan teratas senarai kelab terkaya di dunia, berkata mereka terkejut dengan pertuduhan itu dan menegaskan mereka mempunyai bukti cukup bagi menyokong kes mereka.

Kelab tersebut pernah diharamkan selama dua tahun daripada pertandingan UEFA pada Februari 2020 oleh badan induk bola sepak Eropah kerana pelanggaran kewangan secara adil yang serius, tetapi sekatan itu dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada akhir tahun itu.

Dalam satu kenyataan, Liga Perdana berkata pelanggaran yang didakwa berkaitan dengan laporan maklumat kewangan yang tepat, penyerahan butiran maklumat gaji pengurus dan pemain, tanggungjawab kelab untuk mematuhi peraturan Financial Fair Play (FFP) UEFA dan peraturan keuntungan dan kemampanan kepada Liga Perdana.

City juga didakwa telah melanggar peraturan yang memerlukan mereka bekerjasama dan membantu siasatan Liga Perdana.

Peraturan Liga Perdana W.51 meliputi kuasa sekatan sekiranya dakwaan pelanggaran peraturan liga didapati terbukti, bermula daripada teguran, kemudian pemotongan mata sehinggalah kepada cadangan untuk menyingkirkan kelab daripada pertandingan.

Suruhanjaya mempunyai kuasa untuk membuat sekatan bersyarat sedemikian dalam tempoh masa yang ditetapkan, dan responden mempunyai hak untuk merayu.

City mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka terkejut dengan dakwaan pelanggaran peraturan tersebut oleh Liga Perdana, memandangkan penglibatan dan kerjasama City yang meluas serta banyak bahan atau dokumen yang terperinci telah disediakan dan diserahkan kepada Liga Perdana. – AP

Manchester City telah dituduh melakukan banyak pelanggaran terhadap Liga Perdana Inggeris mengenai peraturan kewangan Liga antara 2009-18. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -