Manchester City menang tipis

SHEFFIELD, 22 JAN– Sergio Aguero sekali lagi menjadi penyelamat buat Manchester City apabila beliau keluar dari bangku simpanan dan menjaringkan gol kemenangan 1-0 menentang Sheffield United semalam.

Aguero telah menjaringkan sebanyak enam gol dari tiga perlawanannya.

Penyerang dari Argentina itu meneruskan aksi cemerlangnya setelah menemui jaring di minit ke-73 perlawanan menerusi hantaran lintang kemas dari rakannya Kevin De Bruyne serta assist ke-15 buat Kevin.

Aguero pemain gantian mengantikan Gabriel Jesus setelah gagal menjaringkan penalti di babak masa pertama perlawanan apabila percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gawang Sheffeild Dean Henderson.

Ia merupakan kemenangan penting buat City apabila pemain pertahanannya Aymeric Laporte kembali beraksi selepas lima bulan tidak bermain kerana kecederaan lutut yang dialaminya.

Reaksi Sergio Aguero ketika meraikan jaringan gol kemenangan semasa menentang Sheffield United di Bramall Lane England. – AP

Laporte adalah pemain pertahanan terbaik buat City dan berjaya mengawal pemain lawan Sheffield.

“Kami sangat merindukannya,” Guardiola berkata. “Bayangkan pasukan terbaik kehilangan pemain pertahanan terbaik yang kami ada,” tambahnya.

“Ia berita baik dapat beraksi 65, 70 minit. Ia bagus sehingga musim liga ini selesai, dia akan membantu kami,” jelas Guardiola.

City bergelut semasa kehilangan pemain pertahanan itu dan terpaksa menggantikan Fernandinho pemain tengah mengambil alih posisinya bersama Nicolas Otamendi.

Manchester City berada di tempat kedua kedudukan Liga Perdana berbeza 13 mata di belakang pendahulu liga Liverpool yang masih mempunyai kelebihan dua perlawanan.

Aguero menjaringkan hatrik minggu lalu menentang Aston Villa sebelum dua jaringannya lagi ketika seri menentang Crystal Palace. – AP