Manchester City tayangkan arca Aguero

LONDON, 13 MEI – Sergio Aguero mengakui dia berterima kasih kepada Manchester City ketika bekas kelabnya bersedia untuk menayangkan arca pemain itu meraikan gol paling terkenal dalam sejarah kelab.

Aguero berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan menentang QPR untuk mengesahkan kejayaan City menjulang kejuaraan Liga Perdana di Stadium Etihad pada 2012.

Gol minit ke-93 penyerang Argentina itu menghadiahkan City kejuaraan pertama mereka sejak 1968, dan ia bertambah manis kerana mereka berjaya mengalahkan musuh ketat Manchester United pada hari terakhir musim tersebut.

Hari ini menandakan ulang tahun ke-10 sumbangan dramatik Aguero kepada kebangkitan City, yang kini termasuk lima gelaran liga utama di bawah pemilik kelab yang berpangkalan di Abu Dhabi itu. Aguero kemudian mencipta sejarah kelab dengan menjaringkan 260 gol untuk City sebelum meninggalkan Barcelona tahun lalu.

Aguero bersara pada Disember lepas diserang penyakit jantung, tetapi kenangannya kini akan diabadikan dengan arca tersebut. – AFP