Manchester United gagal kekal rentak

LONDON, 23 SEPT – Manchester United disingkirkan daripada Piala Liga ketika West Ham membalas dendam atas kekalahan mereka kepada pasukan Ole Gunnar Solskjaer dengan kemenangan 1-0 di Old Trafford, sementara Chelsea dan Tottenham terselamat sepakan penalti untuk memasuki pusingan keempat semalam.

Pasukan Hammers merekod kekalahan mengecewakan 2-1 ke atas United dalam perlawanan Liga Perdana pada Ahad apabila David De Gea menyelamatkan penalti masa kecederaan Mark Noble selepas gol kemenangan Jesse Lingard pada akhir perlawanan.

Namun pemain David Moyes berjaya menebus kekalahan tiga hari kemudian apabila gol separuh pertama Manuel Lanzini menyingkirkan United daripada pusingan ketiga.

Jaringan Manuel Lanzini pada minit kesembilan babak pertama sudah cukup membolehkan anak buah David Moyes menebus kekalahan 1-2 di Stadium London kepada lawan sama dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.

Pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer yang melakukan 11 pertukaran ketika berdepan West Ham hampir menyamakan kedudukan menerusi Juan Mata.

Namun percubaan pemain berasal dari Sepanyol itu terkena palang manakala Anthony Martial pula gagal mengambil peluang dalam salah satu daripada 27 percubaan tuan rumah pada perlawanan tersebut.

Kemenangan pertama The Hammers ke atas The Red Devils di Old Trafford sejak 2007 menyaksikan kelab London tersebut bakal berdepan penyandang juara Manchester City pada pusingan berikutnya.

Kekalahan itu juga menyaksikan hasrat Solskjaer untuk merangkul salah satu kejuaraan domestik liga Inggeris musim ini sebagai pengendali Manchester United sekali lagi tertangguh. – AFP

Aksi pemain Manchester United Donny van der Beek (kiri) dan pemain West Ham Manuel Lanzini semasa perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Machester United dan West Ham di Old Trafford di Manchester, England pada 22 September. – AP