Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manchester United umum keuntungan suku tahunan

    LONDON, 10 Feb – Manchester United telah mengumumkan rekod pendapatan dan keuntungan bagi tiga bulan terakhir 2016 kelmarin, meskipun kegagalan kelab itu layak bagi Liga Juara-Juara.

    Hasil pendapatan meningkat menjadi 157.9 juta pound (AS198.3 juta), meningkat sebanyak 18 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan hasil penyiaran meningkat 40.8 peatus dan hasil perlawanan meningkat 27 peratus.

    Hutang bagi tempoh itu meningkat 27.1 oeratus kepada 409.3 juta pound, tetapi United menyalahkan perkara itu ke atas kemerosotan pound berikutan undian Britain meninggalkan Kesatuan Eropah pada bulan Jun tahun lepas.

    “Keteguhan model perniagaan kami yang berterusan menggambarkan keputusan kuat kewangan kami dan kami kekal dalam laluan untuk menghasilkan rekod hasil pendapatan,” menurut kenyataan yang dibuat oleh timbalan pengerusi eksekutif, Ed Woodward.

    Pada bulan lepas, pengalisis kewangan, Deloitte mendedahkan United telah kembali ke senarai teratas kelab bola sepak terkaya buat pertama kami sejak 2005, mengambil tempat Real Madrid, terima kasih kepada hasil pendapatan sebanyak 515 juta pound.

    Bersandarkan operasi komersial yang kukuh, United dijangka mencapai rekod hasil pendapatan antara 530 juta pound dan 540 juta pound bagi 2016-17. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda