MILAN, 10 Jan – Pengurus Zenit Saint-Petersburg, Roberto Mancini (gambar) berkata semalam bahawa dia sentiasa kan terbuka untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan Itali.
Mancini yang kini berusia 53 tahun terikat dengan pengurus Chelsea Antonio Conte dan bekas jurulatih Bayern Munich Carlo Ancelloti untuk menggalas tugas baru mengendalikan juara Piala Dunia empat kali itu.
Giampiero Ventura dipecat sebagai jurulatih November lepas beberapa hari selepas kegagalan yang mengejutkan Itali untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kalinya dalam tempoh 60 tahun.
Pencarian pengganti Ventura sangat sukar kerana Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) perlu melantik presiden baru untuk menggantikan Carlo Tavecchio yang juga dipaksa untuk meletak jawatan.
“Sebelum memilih pengurus baru, kita perlu mencari presiden FIGC,” beritahu bekas pengurus Manchester City dan Inter Milan semasa acara bual bicara Itali ‘Tiki Taka’.
“Tetapi saya tidak mengenepikan Itali, seperti jurulatih yang lain saya rasa. Apabila anda seorang jurulatih, anda tidak ketepikan sesuatu.”
Bekas bos Chelsea, Real Madrid, Juventus dan AC Milan Ancelloti juga juara tiga kali Liga Juara-Juara merupakan pilihan utama Tavecchio. – AFP