MILAN, 29 MAC – Roberto Mancini memberikan petunjuk besar semalam bahawa dia akan kekal sebagai pengurus Itali dan mahu membimbing pasukan itu memenangi Piala Dunia walaupun juara Eropah itu gagal layak ke kejohanan paling berprestij itu buat kali kedua berturut-turut.
Itali terlepas beraksi kejohanan di Qatar akhir tahun ini selepas kekalahan mengejut 0-1 di halaman sendiri kepada Macedonia Utara pada aksi separuh akhir playoff pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, meskipun dia enggan mengesahkan secara terbuka bahawa dia akan kekal memimpin, Mancini semalam bercakap mengenai pasukan dan masa depan kelab.
“Saya sudah berbincang dengan presiden Persekutuan Bola Sepak Itali (Gabriele Gravina) beberapa hari lalu, kami bersetuju dalam semua hal. Saya berasa lega, kami akan mengadakan perbincangan lagi dalam beberapa hari.
“Saya ingin kekal kerana saya masih muda. Saya mahu memenangi satu Kejuaraan Eropah dan satu Piala Dunia, jadi untuk Piala Dunia kena tunggu lama sedikit,” beritahu Mancini kepada wartawan menjelang aksi persahabatan menentang Turki di Kenya hari ini. – AFP
