Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Mandat pelitup muka dibatalkan

    WASHINGTON, 19 APRIL – Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin membatalkan mandat pelitup muka COVID dalam pengangkutan awam yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden, menyebabkan syarikat penerbangan utama segera menggugurkan syarat itu.

    Hakim Daerah AS, Kathryn Kimball Mizelle dari Daerah Tengah Florida berkata mandat pelitup muka melebihi kuasa berkanun Pusat bagi Pengawalan Jangkitan dan Pencegahan (CDC).

    Mandat mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang, kereta api bawah tanah, kereta api, teksi dan pengangkutan awam lainnya yang baru-baru ini dilanjutkan oleh CDC sehingga 3 Mei di tengah-tengah peningkatan kes koronavirus.

    Sehubungan keputusan itu, Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), yang menguruskan keselamatan di lapangan terbang, tidak akan menguatkuasakan arahan ‘dimestikan untuk memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam dan hab pengangkutan pada masa ini,” menurut pegawai pentadbiran.

    Selepas peraturan diumumkan, United Airlines menggugurkan mandat pelitup muka bagi penerbangan domestik dan beberapa penerbangan antarabangsa, tertakluk kepada peraturan ketibaan di negara itu.

    “Ini bermakna kakitangan kami tidak lagi perlu memakai pelitup muka – dan tidak lagi dikuatkuasakan di kebanyakan penerbangan awam – mereka boleh memakainya mengikut kehendak mereka, ketika CDC terus memberi saranan kuat pemakaian pelitup muka di transit awam,” kata syarikat penerbangan melalui kenyataan.

    Tindakan tersebut kemudian disusuli oleh Delta Airlines dan Alaska Airlines, yang menjadikan pelitup muka sebagai pilihan bagi ahli kru dan pelanggannya bagi penerbangan domestik dan kebanyakan penerbangan antarabangsa.

    Seperti United Airlines, mereka memberitahu bahawa pengembara masih perlu mengikut peraturan pelitup muka di tempat destinasi mereka. – AFP

    Papan tanda di pintu masuk meminta orang ramai memakai pelitup muka di pusat bandar di Philadelphia pada 15 April 2022. Hakim persekutuan AS telah membatalkan mandat pelitup muka COVID bagi pengangkutan awam yang dikenakan oleh pentadbiran Presiden Joe Biden. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...