Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mandatori mulai 1 Feb

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Tanah memaklumkan bahawa pindah milik tanah melalui dalam talian atau online adalah mandatori mulai 1 Februari 2017.

    Permohonan pindah milik tanah dalam talian boleh dibuat menerusi Sistem Maklumat Pendaftaran Tanah dan Permohonan Tanah (LARIS) yang telah dilancarkan pada 16 Februari 2016 untuk penggunaan orang ramai.

    Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya menjelaskan bahawa Sistem LARIS (https://laris.gov.bn) digunakan oleh orang ramai bagi menghadapkan permohonan secara atas talian atau online bagi permohonan-permohonan seperti pindah milik tanah, gadaian tanah, menyambung tempoh pajakan tanah, pajakan tanah persendirian dan tukar syarat khas Tanah.

    Sebarang pertanyaan mengenai permohonan pindah milik tanah secara online, orang ramai bolehlah berhubung ke Jabatan Tanah di Bahagian Pendaftaran, Tingkat Bawah, Jabatan Tanah atau di pejabat-pejabat tanah di daerah-daerah lain setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 2 petang hingga 3:30 petang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda