Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

Mane beri amaran kepada Atletico

-

LONDON, 18 OKT – Sadio Mane beri amaran kepada saingan Liverpool ketika dia menegaskan pasukannya masih boleh meningkat menjelang pertembungan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid selepas mengalahkan Watford.

Pasukan Jurgen Klopp memperoleh kemenangan 5-0 di Vicarage Road pada Sabtu lalu untuk memastikan cabaran gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka berada di landasan yang betul. Dengan Liverpool hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Chelsea, mereka dapat mengalihkan perhatian mereka ke pertandingan kumpulan B Liga Juara-Juara.

Setelah merebut puncak liga kumpulan dengan kemenangan ke atas AC Milan dan Porto, pemenang Piala Eropah enam kali menuju ke Madrid untuk menghadapi juara Sepanyol.

Mane, Mohamed Salah dan Roberto Firmino tidak dapat dihentikan ketika Liverpool mara ke gelaran pertama EPL dalam 30 tahun selama musim 2019-20.

Namun menyatukan ketiga-tiga pemain tersebut secara se-rentak merupakan tugas penting bagi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pada tahun ini dan kemenangan ke atas Watford menunjukkan dia telah mencapai matlamat tersebut. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -