Mane ketuai jentera serangan Senegal

DAKAR, 2 Jan – Senegal kini boleh merangka serangan mereka bagi memburu kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika dengan skuad yang terdiri daripada pemain berkualiti seperti pemain sayap Liverpool, Sadio Mane.

Senegal merupakan antara pasukan pilihan dalam kejohanan yang bermula dari 14 Januari hingga 5 Februari ini di Gabon, jurulatih Senegal, Aliou Cisse menyenaraikan 23 pemain dalam skuadnya yang kebanyakannya berpangkalan di Eropah terutama Liga Perdana Inggeris.

Mane akan terlepas kebanyakan perlawanan Liverpool dalam usaha The Reds memburu gelaran liga dengan antara bintang ternama lain termasuk penyerang Lazio, Keita Balde dan pertahanan berkualiti, Kalidou Koulibaly dari Napoli.

Cisse meletakkan keyakinan tinggi dengan skuad yang disenaraikannya yang sebelum ini mencatat enam kemenangan dalam kesemua enam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika.

Skuad itu akan dikumpulkan di Dakar bermula hari ini hingga Khamis sebelum pergi ke kem latihan di Congo, kata media Senegal.

Sadio Mane (tengah) ketika melepasi kawalan pemain Manchester City dalam aksi Liga Perdana pada Tahun Baru. Mane akan terlepas sebahagian besar kempen Liverpool musim ini kerana menyertai Senegal dalam Piala Negara-Negara Afrika di Gabon. – AP
Sadio Mane (tengah) ketika melepasi kawalan pemain Manchester City dalam aksi Liga Perdana pada Tahun Baru. Mane akan terlepas sebahagian besar kempen Liverpool musim ini kerana menyertai Senegal dalam Piala Negara-Negara Afrika di Gabon. – AP

Senegal diundi dalam Kumpulan B bersama Tunisia, Zimbabwe dan Algeria.

Skuad Senegal: Penjaga gol: Abdoulaye Diallo (Caykur Rizespor/TUR), Khadim Ndiaye (Horoya AC/GUI), Pape Seydou Ndiaye (NGB Niary Tally/SEN)

Pertahanan: Lamine Gassama (Alanyaspor/TUR), Kara Mbodj (Anderlecht/BEL), Zargo Toure (Lorient/ FRA), Kalidou Koulibaly (Napoli/ITA), Saliou Ciss (Valenciennes/FRA), Cheikh Mbengue (Saint-Etienne/FRA)

Tengah: Idrissa Gueye (Everton/ENG), Cheikhou Kouyate (West Ham/ENG), Cheikh Ndoye (Angers/FRA), Pape Kouly Diop (Espanyol/ESP), Pape Alioune Ndiaye (Osmanlispor/TUR), Mohamed Diame (Newcastle/ENG), Henri Saivet (Saint-Etienne/FRA)

Penyerang: Moussa Konate (FC Sion/SUI), Famara Diedhiou (Angers/FRA), Moussa Sow (Fenerbahce/TUR), Mame Biram Diouf (Stoke City/ENG), Sadio Mane (Liverpool/ENG), Keita Balde (Lazio/ITA), Ismaila Sarr (Metz/FRA). – AFP