Mane kongsi berita isteri hamil

Selepas tiga tahun berkahwin, penyanyi rap Gucci Mane dan usahawan terkenal Keyshia Ka’Oir bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Memetik laporan Hollywoodlife, Keyshia berkongsi perkara itu dengan memberi bayangan menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram dan Twitter miliknya.

Malah menerusi laman Twitter Gucci turut mengesahkan perkara itu dan menganggap kehidupan mereka suami isteri semakin bahagia dengan kehadiran anak pertama mereka tidak lama lagi.

“Isteri saya yang cantik sedang hamil. Kehidupan sangat bagus @KeyshiaKaoir,” tulis Gucci di laman sosialnya. – Agensi

Mane dan Keyshia Ka’Oir bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. – Agensi