Mane ledak hatrik untuk pasukan Senegal

JOHANNESBURG, 5 JUN – Sadio Mane berjaya menjaringkan hatrik ketika Senegal mudah menewaskan Benin 3-1 dalam perlawanan pertama mereka kelmarin, selepas menjadi juara bertahan dalam Piala Negara-negara Afrika yang lalu, dan Mane turut memberi bayangan bahawa dia mungkin tidak akan beraksi untuk Liverpool pada musim hadapan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semasa sidang media baru-baru ini sebelum perlawanan kumpulan L, Mane mengatakan bahawa dia akan melakukan apa sahaja yang penduduk Senegal mahukan.

“Seperti kebanyakan orang, saya juga aktif dalam sosial media dan melihat beberapa komen yang ditulis. Ia tidak hanya di antara 60 atau 70 peratus dari rakyat Senegal mahu saya tinggalkan Liverpool?”

Mane, yang membuat gabungan hebat dengan Pemain Terbaik Tahunan Afrika dua kali, iaitu Mohamed Salah dari Mesir, beberapa kali telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan gergasi Jerman, Bayern Munich.

Dia turut mengongsikan bahawa dia akan mendedahkan rancangan seterusnya selepas Liverpool tewas di tangan Real Madrid semasa perlawanan final Liga Juara-Juara minggu lalu, tetapi dia masih tidak melakukan sedemikian.

Aksi Sadio Mane melepas pertahanan pemain Benin semasa perlawanan kelayakan antara Senegal dan Benin, kelmarin. – AFP

“Kita lihat sahaja nanti,” katanya semasa menghadiri sidang media di Senegal.

“Jangan terburu-buru kerana kita bersama-sama akan menyaksikannya nanti,” tambahnya.

Sementara itu, dia telah menjaringkan gol penalti pada minit ke-12 di stadium kebangsaan, Diamniadio, berdekatan dengan Dakar.

Mane sekali lagi mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-23, meluru masuk ke petak penalti dan menjaringkan pada percubaannya kali kedua selepas penjaga gol, Saturnin Allagbe berjaya melakukan penyelamatan terhadap percubaannya yang pertama.

Selain itu, Benin telah menyaksikan Sessi D’Almeida diketepikan pada permulaan separuh masa kedua, manakala Mane telah menyempurnakan hat-riknya sebelum Junior Olaitan berjaya merapatkan jurang.

Seterusnya, Senegal akan berlepas ke Rwanda pada Selasa nanti, dan pasukan kebangsaan Senegal dijangka mengharungi laluan mudah dan tidak berdepan masalah untuk menundukkan Teranga Lions.– AFP