Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mane sumbang gol untuk Bayern

    BERLIN, 1 SEPT – Sadio Mane adalah salah seorang daripada lima penjaring gol ketika Bayern Munich melayakkan diri ke pusingan Piala Jerman seterusnya dengan kemenangan 5-0 di tempat lawan di Viktoria Cologne pada hari ini.

    “Awda mahu melihat pemain-pemain ini menonjol,” kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann selepas kemenangan, memuji kualiti pemain bintang dalam skuadnya. “Saya bukan peminat pusingan pertama piala, kerana sebagai pasukan pilihan, awda perlu kehilangan segalanya.”

    Gol Mane, yang dijaringkan pada minit ke-53, adalah yang kelima dalam enam perlawanan musim ini sejak ketibaan musim panas dari kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

    Bekas penyerang Arsenal, Serge Gnabry mengelecek bola, menarik perhatian penjaga gol Cologne Ben Voll yang mendapati Mane tidak dikawal di depan gawang.

    Ketibaan dua lagi pemain musim panas, Ryan Gravenberch dan bintang muda berusia 17 tahun, Mathys Tel masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa pertama, mematahkan benteng pertahanan Cologne.

    Pemain muda Jamal Musiala meledak gol keempat pasukannya pada minit ke-67 hanya empat minit selepas menggantikan Mane dari bangku simpanan, mengawal hantaran daripada Thomas Mueller dari petak penalti.

    Bayern menambah gol kelima menerusi pemain tengah Jerman Leon Goretzka yang bermain untuk perlawanan pertamanya musim ini selepas kembali daripada kecederaan lutut.

    Ia adalah pertemuan kedua antara kedua-dua kelab, dengan pertemuan sebelumnya berakhir dengan kemenangan 3-1 untuk Bavarians. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...