Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mane terlepas jelajah Hong Kong

    LONDON, 13 Julai – Bintang Senegal Sadio Mane terlepas perlawanan pra musim bersama Liverpool di Hong Kong kerana masih meneruskan pemulihan daripada kecederaan lututnya, kata pengurus Reds Jurgen Klopp semalam.

    Penyerang berusia 25 tahun itu yang menjaringkan 13 gol dalam Liga Perdana bagi Liverpool musim lalu selepas menyertai pasukan dari Southampton, menunjukkan perkembangan yang bagus tetapi belum dapat untuk meneruskan latihan penuh.

    Mane mengalami kecederaan lutut dalam persaingan Merseyside menentang Everton pada 1 April dan menjalani pembedahan.

    “Dia pemain yang bagus. Dia begitu hampir untuk kembali berlatih bersama pasukan,” Klopp memberitahu liverpoolfc.com.

    “Dalam kedudukan ini kami merasakan berada di Asia, jadi ia tidak masuk akal untuk membawanya ke Asia kerana dia perlu melakukan langkah pertama dalam latihan pasukan.

    “Kami akan melihat bagaimana kami boleh melakukannya; mungkin bawah 23 tahun akan berada di sini. Jadi kami boleh memulakan (latihan) dan menggunakan peluang ini tetapi kami perlu menunggu.

    “Pagi Selasa lalu dia adalah sebahagian daripada pasukan. Jadi dia akan menyertai latihan jika anda mahu dan ia dilihat bagus.

    “Saya rasa dia dalam kedudukan yang lebih baik tetapi begitulah keadaannya selepas masa yang panjang dan perlu membangunkan sedikit kekuatan sekali lagi di bahagian kaki dan paha.

    “Tidak terdapat risiko dengannya kerana dia secara semula jadi seorang pemain yang cergas dan ketika ini apabila dia mula menjadi sebahagian dari sesi ini, dia kemudian segera cergas kembali. Kita bukan sepanjang masa di dunia tetapi kami mempunyai masa dan akan menggunakannya.”

    Kepentingan Mane kepada Liverpool musim lalu jelas ketika ketiadaannya ketika dalam persaingan Piala Negara Afrika amat menjejaskan impian mereka untuk menjulang gelaran.

    Kerana kecederaan itu, Mane terlepas lapan perlawanan pada akhir kempen tetapi Liverpool masih menyelamatkan tempat dalam Liga Juara-Juara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda