Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mane tetap sokong Salah

    YEKATERINBURG, 24 Jun – Sadio Mane berkata, rakan sepasukan Liverpool, Mohamed Salah memiliki kekuatan mental untuk bangkit daripada kecederaan dan kegagalan di Piala Dunia sambil mendedahkan hari ini dia sudah menghantar mesej sokongan.

    Salah dan Mesir sudah tersingkir daripada saingan Piala Dunia di Rusia ketika saingan peringkat kumpulan masih berlangsung.

    Penjaring terbanyak Liverpool musim lalu itu tidak bermain ketika tewas di tangan Uruguay kerana kecederaan bahu dialami pada final Liga Juara-Juara.

    Dia kembali ketika Mesir tewas 3-1 berdepan tuan rumah tetapi tidak berada di tahap terbaik walaupun menjaringkan penalti.

    Sementara itu, menjelang pertembungan Senegal dengan Jepun esok, rakan sepasukan Salah di Liverpool itu berkata: “Saya sudah menghantar mesej kepadanya seminggu lalu, atau kurang dari itu.

    “Dia memang mahu bermain pada Piala Dunia tetapi malangnya dia tiba dengan kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda