Mane wira Teranga Lions, tumpaskan Rwanda

JOHANNESBURG, 8 JUN – Sadio Mane menjaringkan gol penalti lapan minit sebelum masa tambahan untuk memberikan Senegal kemenangan 1-0 ke atas Rwanda dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023, kelmarin.

Memandanglan perlawanan terpaksa diadakan di Senegal kerana pasukan lawan tidak memiliki stadium bertaraf antarabangsa, Rwanda hampir berjaya mengikat pasukan yang menduduki kedudukan 20 dunia dan 116 lebih tinggi daripada mereka.

Walau bagaimanapun, Mane berjaya menyelamatkan maruah Teranga Lions pada minit ke-98, dengan jaringan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Olivier Kwizera.

Sementara itu, Mane menyertai dua perlawanan pertama untuk merebut gelaran juara, menjaringkan empat gol, termasuk hatrik semasa perlawanan menentang Benin.

Meskipun jurang yang begitu ketara, Senegal gagal memanfaatkan peluang ketika menentang Rwandan Wasps yang hanya layak beraksi di Liga Negara-negara Afrika sekali sahaja dalam 13 percubaan.

Jurulatih Aliou Cisse mengekalkan tujuh pemain daripada pasukannya yang melakarkan kemenangan terakhir ke atas Mesir di Cameroon empat bulan yang lalu dan menurunkan dua lagi pemain dari bangku simpanan. – AFP

Gambar fail menunjukkan reaksi Sadio Mane semasa menentang Benin pada 4 Jun 2022. – AFP