Manfaat teh untuk kesihatan

Teh sudah banyak digunakan sejak zaman dahulu lagi. Ada berbagai jenis teh asli, mulai dari teh hijau, teh hitam, teh kuning, teh oolong dan lain-lain, berasal daripada tanaman yang sama, iaitu camellia sinensis dan perbezaannya adalah warna dan rasanya dari segi pemprosesnya termasuk teh herba daripada campuran daun-daunan, rempah dan sebagainya.

Penelitian menemukan bahawa beberapa teh boleh membantu melawan kanser, penyakit jantung dan diabetes, membantu menurunkan berat badan, menurunkan kolesterol dan meningkatkan kesedaran mental.

Teh hijau

Setiap penelitian mengenai teh hijau dan manfaat antioksidannya menunjukkan teh hijau memiliki berbagai kesan mulai daripada menurunkan berat badan hingga masalah pencernaan.

Teh hijau kaya dengan polifenol seperti flavonoid dan katekin, yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat. Salah satu bahan yang sangat kuat dalam teh hijau adalah antoksidan Epigallocatechin Gallate (EGCG), yang telah diteliti dan terbukti menyembuhkan berbagai penyakit.

Teh chamomile

Bunga daripada tanaman chamomile, membantu tidur nyenyak dalam jangka yang lebih panjang. Kesan antioksidannya boleh membantu mencegah komplikasi daripada diabetes, fungsi penglihatan dan menghindarkan daripada kerosakan saraf dan ginjal. Teh chamomile juga mencegah perkembangan sel kanser.

Teh passionflower

Passionflower merupakan tanaman yang setiap bahagiannya boleh digunakan dalam untuk perkara-perkara lain, termasuk dalam teh. Kesannya boleh menenangkan, menciptakan suasana tidur yang sedap dan mengurangkan insomnia, menyembuhkan gejala akibat berhenti bahan narkotik seperti rokok dan gangguan rasa gelisah.

Teh halia

Teh dengan rasa kuat ini dibuat daripada potongan halia. Selain meningkatkan sistem imun, teh ini juga membantu sistem pencernaan dan mengawal masalah seperti mual. Selain itu, sifat antiinflamasi diketahui berguna untuk penyakit artritis.

Teh tulsi

Tulsi merupakan teh daripada tanaman selasih yang memiliki kesan adaptogen, untuk mengurangkan stres dan mempromosikan keseimbangan mental.

Tulsi banyak digunakan secara tradisional untuk mengatasi demam, hidung tersumbat, gangguan perut dan mempercepatkan penyembuhan penyakit dan meningkatkan kekuatan.

Teh serai

Teh serai berasal dari tanaman serai, yang memiliki kesan analgesik, antiinflamasi, antiseptik, antibakteria kerana bahan-bahan yang terkandung dalam serai, disebut citral, makanan yang mudah dicerna, sehingga menjaga kesihatan pencernaan dan detoksifikasi.

Teh lavandula (lavender)

Bunga lavandula merupakan bunga yang mempunyai banyak faedah untuk kesihatan dan ketika digunakan dalam bentuk teh, teh ini boleh membuat tubuh menjadi tenang dan membuat tidur lebih menjadi nyenyak.

Teh ini juga terkenal kerana menyembuhkan gejala tekanan ringan. Selain itu, teh lavandula membantu mengatasi masalah pernafasan, batuk, asma, bronkitis dan juga mengawal suhu tubuh dan digunakan untuk mengurangkan demam panas.

Teh rooibos

Berasal dari benua Afrika, tanaman seperti jarum ini menghasilkan warna merah dalam teh.

Teh ini bebas kandungan kafein dan kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan yang banyak diketahui boleh mengurangkan tekanan, meredakan gejala asma dan mengatasi masalah insomnia.

Teh pudina

Teh tradisional yang menyegarkan ini adalah teh hijau yang disiapkan dengan daun pudina dan sedikit gula.

Oleh itu, teh ini memiliki manfaat yang sama dengan teh hijau dan sebagai tambahan, ia boleh mengatasi masalah kulit, menyegarkan badan, otak dan saluran pernafasan.  – Agensi

Paf ayam cendawan

Bahan-bahan

Pastri paf

1/2 lobak merah, dihiris

3 batang sosej, dihiris

1 ketul isi ayam (bahagian dada), potong dadu

1 cendawan tin (guna separuh), dihiris

Daun bawang secukupnya (potong atau hiris),

1 cawan susu segar (jika tiada boleh ganti air biasa saja),

Sup pekat Campbell (guna separuh),

1 sudu kecil lada hitam

3 biji bawang putih (tumbuk).

Cara membuat

Tumis bawang putih, lobak, sosej, ayam dan cendawan selama 5 minit. Kemudian masukkan sup pekat dan susu segar. Kacau sebati. Nanti jika sudah sebati biarkan sampai pekat.

Bila sudah pekat masukkan lada hitam. Kacau lagi.

Akhir sekali bila sudah betul-betul pekat, anda perlu masukkan daun bawang, selepas itu kacau terus dan tutup api. Letak inti yang telah dibuat tadi di atas paf segera seperti dari jenama Kawan.

Inti paf harus diletakkan di tengah-tengah supaya senang dilkelim apabila sudah siap. Lipat dan kelim tepi paf tadi dengan menggunakan garpu. Bahagian atas pula lorek-lorek guna pisau.

Jika loyang sudah penuh, susun kemas-kemas, sapukan kuning telur. Panaskan ketuhar terlebih dahulu kemudian bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit. Tunggu sehingga sejuk baru boleh dialihkan, jika panas-panas dialihkan dikuatiri bahagian bawah akan melekat.

Puding kelapa lemon

Bahan-bahan

1 bungkus serbuk agar-agar 500 ml air

200 ml air lemon peras

10 satu sudu makan gula

(sesuaikan dengan air lemon)

1 satu sudu kecil selasih (rendam dalam air)

Isi kelapa muda secukupnya

Cara membuat

Campur semua bahan kecuali selasih dan kelapa muda.

Masak dan kacau sehingga sebati sampai mendidih.

Tutupkan api, tunggu sebentar, lalu masukkan kelapa muda dan selasih. Gaul sampai wap panas hi-lang lalu tuang ke dalam bekas. Simpan ke dalam peti sejuk selama enam hingga ke lapan jam.

Lempeng

Bahan-bahan

500 gram tepung gandum

1 sudu makan minyak masak

Garam secukup rasa

Mentega secukupnya

500ml air

Cara membuat

Bancuh tepung gandum, minyak masak dan garam sedikit. Masukkan air dan kacau sehingga sebati. Masukkan bancuhan tadi dalam satu senduk. Tidak perlu letak minyak di kuali sebab dalam bancuhan tadi sudah ada minyak. Letakkan mentega, ikut suka mahu letak mentega sebanyak mana. Ratakan isi planta nipis-nipis. Anda juga boleh taburkan gula atau tidak, mengikut cita rasa anda.