Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manfaat teknologi bangun Pelancongan Pasca-COVID-19

    KOTA KINABALU, 16 OKT – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yakin mampu melonjak semula industri pelancongan pasca-COVID-19 di negeri itu dengan memanfaatkan teknologi baharu berpandukan Garis Panduan Global dikeluarkan United NationWorldTourism Organisation (UNWTO).

    Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata antara garis panduan memulakan semu-la pelancongan itu adalah pengaplikasian sistem teknologi baharu yang menghubungkan data kesihatan pelancong dalam memastikan seseorang itu sihat dan bebas daripada jangkitan COVID-19.

    “Bagaimanapun, ia memerlukan kerjasama pelancong untuk memberikan data kesihatan selain memberi keyakinan kepada mereka berhubung keselamatan data peribadi

    “Keselesaan pelancong juga diutamakan dengan memastikan mereka selesa dengan infrastruktur pelancongan pasca-COVID-19 yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Dalam pada itu, Jafry berkata untuk perancangan jangka pendek, pihaknya akan menaik taraf kemudahan infrastruktur pelancongan sedia ada untuk memberi keselesaan kepada pelancong dan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

    “Ini adalah gambaran sebenar sektor pelancongan pada masa depan dengan normal baharu dan yang penting adalah kejayaan dalam menangani krisis ini bergantung kepada kerjasama di seluruh negara dan menjadi pengukur kepada keupayaan kita dalam menghadapi segala kemungkinan pada masa depan sama ada pandemik atau perubahan iklim,” katanya.

    Sementara itu, Jafry berkata kementeriannya juga bersedia untuk bekerjasama dengan negara luar termasuk pelabur asing bagi menghidupkan semula sektor pelancongan negeri.

    Katanya, pertemuan akan diadakan dengan pengusaha pelancongan sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir bagi mendengar keluhan kerana mereka antara golongan paling terjejas susulan pandemik COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda