Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Manfaatkan aplikasi PenggunaBijak

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Mengamalkan budaya ‘Pengguna Bijak’ melalui maklumat yang tersedia di aplikasi PenggunaBijak memainkan peranan penting ke arah mencapai persekitaran pasaran yang sihat dan berdaya tahan.

Perkara tersebut adalah antara inti pati utama sesi taklimat yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pengguna (JHEP) di bawah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, yang diadakan semasa Festival PMKS Brunei 2023, di BRIDEX, Jerudong baru-baru ini.

Sesi taklimat dimulakan dengan penjelasan terhadap kenaikan harga makanan global yang menjadi punca harga makanan asasi meningkat di negara ini, mengambil kira 70 peratus barangan makanan diimport dari luar negara.

Sebagai contoh, kenaikan harga soya di peringkat global dari negara pengeluar menyebabkan harga minyak masak di negara ini turut meningkat, dan bahan input makanan ayam seperti jagung menyebabkan kenaikan harga ayam dan telur.

Bagi menangani impak kenaikan harga, pihak JPES telah mengongsikan usaha-usaha yang dilaksanakan melalui penguatkuasaan kawalan harga barangan makanan yang disenaraikan di dalam Akta Kawalan Harga Penggal 142.

Taklimat juga mengongsikan perbandingan harga barangan asasi dengan negara jiran yang mana usaha kerajaan melalui subsidi di negara ini telah banyak mengurangkan kesan kenaikan harga berbanding negara jiran seperti elektrik, minyak kereta, beras dan lain-lain.

Antara lain usaha untuk memupuk budaya Pengguna Bijak, JPES juga memuat naik senarai harga barangan makanan asasi utama terpilih melalui hasil kerja pemantauan harga yang dikemas kini setiap minggu dalam aplikasi PenggunaBijak.

Sebagai tambahan, pengguna juga boleh menggunakan maklumat harga daripada inisiatif 1-2-Compare yang merangkumi lebih 180 produk berasaskan food basket hasil Household Expenditure Survey.

Maklumat harga berkenaan dapat diakses di aplikasi berkenaan bagi membantu orang ramai khususnya pengguna membuat perbandingan harga dan pilihan dalam mendapatkan keputusan pembelian yang bermaklumat.

Antara yang menghadiri taklimat berkenaan. – Gambar serahan JPES
Wakil daripada JPES semasa memberikan taklimat berkenaan.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -