Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Manfaatkan kelebihan bulan Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Dalam menyemarakkan bulan Ramadan, Jawatankuasa Masjid Rashidah Sa’adtul Bolkiah (MRSB) menganjurkan Tazkirah Khas Ramadan yang diadakan setiap Jumaat selepas solat Fardu Jumaat di sepanjang bulan Ramadan ini.

    Baru-baru ini, Tazkirah Khas Ramadan bertajuk ‘Peluang Menambah Pahala’ telah diadakan di masjid berkenaan dan telah disampaikan oleh Pegawai Ugama dari Pusat Dakwah Islamiah, Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

    Antara yang hadir mendengarkan tazkirah itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Tazkirah antara lain menjelaskan, banyak keistimewaan diperolehi dalam bulan Ramadan ini antaranya peluang untuk memperbaiki dan melipat gandakan lagi amal ibadah sama ada amalan-amalan fardu.

    “Ini dengan cara menjaga kualiti ibadah fardu dan juga memperbanyakkan lagi ibadah ataupun amalan-amalan sunat,” jelas Awang Mohammad Nasyith.

    Tazkirah Khas Ramadan akan diadakan lagi pada 15 April dengan tajuk ‘Kelebihan dan Kemuliaan Ramadan’.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan antara yang hadir mendengarkan tazkirah berkenaan. – Gambar serahan MRSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...