Mangkhut ragut 49 nyawa, badai Hong Kong

 

HONG KONG, 16 Sept – Taufan Mangkhut membadai Hong Kong sebelum melanda tanah besar China hari ini, menyebabkan puluhan cedera dan menggoncang pencakar langit selepas meragut sekurang-kurangnya 49 nyawa di Filipina serta merosakkan pusat pertanian negara itu.

Ribut paling dahsyat di dunia pada tahun ini setakat ini, menyebabkan kawasan di utara pulau Luzon itu ditenggelami air ketika angin kencang menumbangkan serta menerbangkan pokok-pokok dengan hujan lebat pula mencetuskan puluhan kejadian tanah runtuh berlaku.

(Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)