Wednesday, May 14, 2025
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangkuk kayu serba guna

    Oleh Amri HTZ

     

    MENGHIASI sesebuah ruangan kosong dengan sesuatu yang cantik dan mempunyai pelbagai kegunaan merupakan sesuatu yang mudah.

    Pelbagai jenis perhiasan boleh dipilih dan didapatkan di pasaran. Bagi anda yang inginkan hasil rekaan sendiri, anda boleh mereka mangkuk berbentuk bintang yang diperbuat daripada papan yang mempunyai pelbagai kegunaan.

    Peralatan yang diperlukan

    Bagi mereka mangkuk perhiasan serba guna ini, barangan yang diperlukan adalah pembaris, pemadam, pensel, sesiku, protector, gam kayu, pengepit kayu, kertas pasir, mesin jigsaw, mesin pemotong kayu atau gergaji, cat dan berus cat.

    Langkah penting perlu dilakukan

    Pada projek ini, anda boleh memilih untuk menggunakan papan lapis sebagai bahan asas ataupun menggunakan papan jenis MDF.

    Kedua-dua jenis papan lapis ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika anda sukar untuk mendapatkan papan jenis MDF, anda boleh menggunakan papan lapis berukuran 6mm atau hanya melekatkan papan lapis dengan ukuran yang sama untuk mendapatkan ketebalan yang diperlukan.

    Pada langkah pertama proses pembuatan, setelah memilih jenis papan yang akan digunakan, lakar permukaan papan dengan bentuk pentagon.

    Ini juga tertakluk kepada minat anda untuk menggunakan bentuk bintang dengan lima sudut atau enam sudut. Jika anda inginkan bentuk bintang dengan enam sudut, lakarkan bentuk heksagon pada permukaan papan.

    Bagi memudahkan anda mendapatkan bentuk dan lakaran yang sama, reka lakaran pada sekeping kadbod atau papan lapis yang nipis berfungsi sebagai templat. Mendapatkan saiz bintang yang sama adalah penting bagi memastikan ia sejajar ketika dicantumkan.

    Setelah melakarkan bentuk pentagon pada permukaan templat, lakarkan bentuk melengkung dengan menemukan setiap sudut hujung bentuk ke bahagian sudut seterusnya. Ini akan memberikan bentuk bintang yang mempunyai sudut melengkung yang cantik.

    Templat yang telah siap direka akan digunakan untuk melakar pada permukaan papan MDF. Ini akan memudahkan anda dengan hanya perlu meniru lakaran pada templat untuk mereka bentuk yang sama dalam jumlah yang banyak. Setelah siap melakarkan sebanyak tujuh bentuk bintang pada permukaan papan (boleh melebihi tujuh mengikut kesesuaian atau saiz mangkuk), potongkan dengan menggunakan mesin jigsaw.

    Bagi melakar bahagian dalam bentuk bintang tersebut, satu peralatan rekaan sendiri akan digunakan untuk memudahkan kerja melakar selain akan memberikan bentuk lakaran yang sama. Potongkan sekeping papan MDF atau lapis anda dengan ukuran 2 inci lebar 4 inci panjang. Kepingan kayu ini akan ditebuk degan menggunakan mesin gerudi menggunakan saiz yang sama dengan pensel dan kayu berbentuk bulat (seperti dalam gambar) dengan jarak di antara lubang ialah 2 inci.

    Teknik yang digunakan untuk melakar bahagian dalam kepingan papan berbentuk bintang.
    Peralatan untuk melakar rekaan sendiri yang digunakan bagi memudahkan proses melakar bahagian dalam papan berbentuk bintang.
    Setiap bahagian cantuman perlu disapukan gam kayu dengan rata agar struktur kayu menjadi kukuh.
    Bahagian dalam yang perlu ditebuk menggunakan mesin jigsaw.

    Kayu berbentuk bulat yang digunakan ini berfungsi sebagai ‘peniru’ lakaran bahagian luar yang akan memberikan anda ketebalan yang sama pada bentuk bintang tersebut. Lakukan langkah yang sama pada kesemua lima keping papan MDF yang lain dengan meninggalkan satu bahagian untuk dijadikan bahagian bawah mangkuk.

    Setelah memotong kesemua bahagian yang diperlukan, ratakan permukaan papan yang telah dipotong menggunakan kertas pasir. Perlu diingat permukaan yang digosok dengan kertas pasir adalah hanya untuk meratakan dan menghilangkan permukaan yang kurang sempurna. Pastikan anda menggunakan kertas pasir yang tidak terlalu kasar pada papan tersebut agar tidak mencacatkan bentuk bintang yang telah direka.

    Selesai meratakan permukaan papan, susun kepingan papan tadi dengan bahagian yang tidak ditebuk pada bahagian tengah, diletakkan pada bahagian bawah mangkuk. Teknik menyusun kepingan ini sangat mudah. Anda hanya perlu menyelang-nyelikan kedudukan kepingan papan yang dirasakan sesuai dan cantik.

    Setelah mendapatkan bentuk susunan yang dimahukan, tandakan dengan menggunakan pensel pada tiga sudut bahagian untuk memudahkan anda menyusun semula selepas menyapukan bahagian cantuman menggunakan gam kayu. Kepit kepingan papan dengan kuat bagi memastikan cantuman kukuh.

    Warna yang digunakan dalam projek ini bukanlah warna yang harus digunakan untuk rekaan anda. Gunakan cat yang bersesuaian dengan kayu yang digunakan mengikut arahan yang telah ditetapkan pada cat tersebut. Berikan masa untuk lapisan pertama cat untuk mengering sebelum membuat lapisan kedua untuk memberikan hasil akhir yang terbaik. Setelah mengering, pamerkan rekaan anda pada sesebuah ruangan yang terang agar lebih terserlah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/