Mangsa banjir di Betong meningkat 183 orang
KUCHING, 6 Mac – Mangsa banjir di daerah Betong yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Perpaduan Debak meningkat kepada 183 orang daripada 35 keluarga setakat 4 petang ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pada 2 petang tadi, 22 mangsa daripada lima keluarga berada di pusat pemindahan tersebut. Kenyataan itu turut memberitahu keluarga terbabit dipindahkan selepas banjir melanda

































