Mangsa banjir di Jepun cecah 141

KURASHIKI, Jepun, 10 Julai – Pekerja-pekerja penyelamat melakukan pencarian dari rumah ke rumah hari ini dengan harapan akan dapat menemui mangsa yang terselamat selepas beberapa hari dilanda banjir kilat dan tanah runtuh yang telah mengorbankan 141 nyawa, yang merupakan salah satu kejadian yang berkaitan dengan bencana alam terburuk di Jepun selama beberapa dekad ini.

Hujan lebat yang turun bermula minggu lepas itu mulai reda dan kering, melihatkan kemusnahan yang berleluasa di barat negara itu.

Di bandar Kurashiki, banjir akibat hujan lebat itu melanda hampir keseluruhan daerah, memaksa sesetengah daripada penduduk untuk naik ke atas bumbung rumah mereka bagi menantikan bantuan menyelamat.

Menjelang pagi hari ini, pekerja-pekerja penyelamat telah melakukan rondaan dan mencari mangsa yang selamat atau mangsa bencana tersebut.

“Ini yang kita panggil sebagai operasi ‘grid’, di mana kita memeriksa setiap rumah untuk melihat jika ada orang yang masih terperangkap di dalamnya,” kata seorang pegawai kerajaan tempatan Okayama kepada AFP.

Beberapa orang warga tempatan cuba untuk mengangkat sebuah kenderaan yang terperangkap di kawasan Kurashiki, Okayama, kelmarin. – AFP

“Kami tahu ia satu perlumbaan terhadap masa, kami berusaha keras apa yang kita mampu.”

Hideto Yamanaka mengetuai pasukan sekitar 60 anggota bomba yang dihantar untuk memeriksa beberapa wilayah.

“Saya takut warga tua yang hidup sendirian mungkin gagal untuk menyelamatkan diri,” kata Yamanaka, 53.

“Orang-orang yang lemah secara fizikal mungkin sukar untuk keluar ketika hujan lebat mula-mula turun dan membajiri di kawasan itu,” katanya kepada AFP.

Kedai-kedai masih ditutup, di mana kelihatan dalaman ruang sebuah kedai gunting di kawasan tersebut telah diselaputi dengan tanah lumpur akibat bencana tersebut. – AFP