Mangsa banjir di Sabah, Sarawak meningkat, Melaka pulih sepenuhnya
KUALA LUMPUR, 21 MEI – Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak masih mencatatkan peningkatan petang ini dengan Sabah merekodkan 2,834 mangsa berbanding 1,447 pagi tadi, manakala Sarawak seramai 373 orang berbanding 350 pada pagi. Kesemua mangsa banjir di Sabah ditempatkan di keseluruhan 21 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan



































