Mangsa Ebola main peranan penting

BENI, DR CONGO, 20 SEPT – Ketika agensi-agensi kesihatan bergelut untuk menghentikan penularan virus maut Ebola di timur DR Congo, sesetengah mangsa yang terselamat memainkan peranan penting dalam membantu mangsa lain wabak terburuk dalam sejarah negara.

Lebih 2,100 orang telah meninggal dunia akibat Ebola di negara itu sejak demam berdarah berkenaan muncul semula pada Ogos 2018.

Upaya pengendalian telah dihalang oleh konflik di timur negara itu serta serangan terhadap pekerja kesihatan yang menangani Ebola dalam kalangan penduduk yang susah mempercayai orang luar dan tahyul pula menjadi halangan tambahan.

Seorang doktor berusia 35 tahun yang memperkenalkan dirinya sebagai Maurice, dijangkiti virus Ebola ketika merawat pesakit pada Julai 2018 sebelum wabak itu disahkan secara rasmi. Isterinya, Esperance juga mendapat jangkitan daripada beliau.

Bagaimanapun, kedua-duanya terselamat dan Maurice kini menjadi ketua persatuan mangsa Ebola yang terselamat untuk memberi respons kepada wabak tersebut.

Mangsa yang terselamat menjadi kebal terhadap penyakit ini sekali gus membolehkan mereka berinteraksi dengan pengidap tanpa perlu menggunakan pakaian pelindung. – AFP

Mangsa Ebola yang terselamat, Maurice dan Esperanze ketika dilihat di kediaman mereka di Beni, baru-baru ini. – AFP