Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mangsa gempa perlu sokongan pembinaan semula rumah

    GAYAN, AFGHANISTAN – Beribu-ribu keluarga kehila- ngan tempat tinggal berikutan gempa bumi dahsyat yang melanda daerah Gayan di wilayah Paktika timur Afghanistan pada 22 Jun lalu.

    Sehubungan itu, mangsa-mangsa gempa merayu bantuan untuk membina semula rumah mereka.

    Gul Mohammad, 70, salah seorang mangsa yang kematian anak dan ahli keluarganya mengalami cedera parah semasa gempa itu berkata, keluarganya telah tinggal di dalam khemah selepas gempa bumi memusnahkan rumahnya.

    “Rumah saya adalah satu-satunya tempat perlindungan saya dan itulah yang saya usahakan sepanjang hidup saya. Saya berjaya membina rumah itu tetapi ia musnah dalam beberapa saat,” kata Mohammad kepada Xinhua di tapak rumahnya yang musnah.

    “Saya memerlukan sekurang-kurangnya 4 juta afghani (AS$1 bersamaan 88 afghani) untuk membina semula rumah dan tinggal bersama ahli keluarga saya.”

    Beribu-ribu keluarga kehilangan tempat tinggal berikutan gempa bumi dahsyat yang melanda daerah Gayan di wilayah Paktika timur Afghanistan pada 22 Jun lalu. – Xinhua
    Kelihatan mangsa gempa mencari barangan yang dapat diselamatkan di runtuhan rumahnya. – Xinhua
    Seorang lelaki berdiri di tepi runtuhan rumah yang rosak akibat gempa bumi di wilayah Paktika, Afghanistan. – Xinhua

    Penduduk Gayan telah tinggal di rumah lumpur tanpa bekalan air, gas dan elektrik. Menetap di perkampungan Wachakai di daerah Gayan, Gul Mohammad, yang merupakan ketua keluarga bagi 18 anggota, berkata gegaran itu telah mengorbankan 32 orang dan memusnahkan sekitar 200 rumah di kampungnya.

    Mengimbau gempa bumi yang dahsyat itu, dia berkata, “Ketika menjelang tengah malam kami dikejutkan oleh gegaran, dan beberapa saat kemudian bumbung rumah kami runtuh.”

    Lapan jam selepas gempa itu, penduduk kampung mem-bantu mengeluarkan mayat anaknya dari runtuhan.

    Sekurang-kurangnya 1,000 orang telah disahkan maut dan lebih 1,500 lagi cedera dalam gempa itu.

    Gayan merupakan kawasan yang sangat daif kerana tiada jalan raya, sekolah dan pusat kesihatan untuk memberi rawatan perubatan kepada mangsa yang cedera atau memudahkan keluarga membawa mereka yang cedera ke hospital di wilayah jiran.

    Walaupun bantuan kemanusiaan termasuk makanan, selimut, khemah dan ubat-ubatan telah dihantar ke kawasan itu, keluarga yang terjejas memerlukan lebih banyak sokongan untuk pulih.

    “Kami telah menerima khemah, tetapi kami memerlukan lebih banyak bantuan lebih-lebih lagi kami memerlukan sokongan untuk membina semula rumah kami,” kata seorang lagi penduduk daerah Gayan Mohammad Akram kepada Xinhua.

    Akram yang cedera dalam gempa bumi dan merupakan ketua keluarga bagi 53 anggota berkata, berpuluh-puluh rumah telah musnah dan semua keluarga yang terjejas mahu membina semula rumah mereka.

    “Semua rumah di kampung kami musnah dalam gempa bumi dan kami semua perlu membina semula rumah kami,” kata Rahim, seorang lagi mangsa yang terselamat dari gegaran.

    Memberikan tindak balas terhadap nasib mangsa gempa bumi, Ketua Penerangan dan Kebudayaan wilayah Mohammad Amin Zaefi memberitahu Xinhua bahawa kerajaan wilayah, dengan sokongan agensi bantuan nasional dan antarabangsa, akan melakukan yang terbaik untuk membantu membina semula rumah keluarga yang terjejas. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...