Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran, atap terbang terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Sebuah keluarga yang menjadi mangsa insiden kebakaran rumah dan lima buah keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang atau atap terbang telah menerima bantuan kewangan kerajaan melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Majlis penyerahan bantuan kepada ketua-ketua keluarga tersebut telah berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS dan disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah JAPEM, Dayang Mirany Floridzah binti Abdul Rahman.

    Penerima bantuan terdiri daripada pemilik rumah di Kampung Perpindahan Mata-mata yang telah mengalami kebakaran pada 16 Julai lalu sekitar pukul 9:30 pagi.

    Kebakaran tersebut telah meranapkan keseluruhan tingkat atas rumah mangsa dan menyebabkan kerosakan teruk di tingkat bawah. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

    Manakala itu, dua penerima adalah pemilik rumah di kawasan Daerah Brunei dan Muara dan tiga pemilik rumah di Daerah Tutong yang dilanda bencana atap terbang akibat hujan lebat berserta angin kencang yang berlaku secara berturut-turut pada 10 hingga 12 Julai lalu. Tiada sebarang kecederaan berlaku semasa kejadian.

    Rumah-rumah terjejas terletak di Kampung Bakut Siraja Muda, Kampung Burong Lepas, Kampung Layong Tutong, Kampung Kandang Serambangun Tutong dan Kampung Panchor Dulit Tutong.

    Bantuan kewangan yang dihulurkan berkenaan adalah untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian.

    Bantuan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    ATAS & BAWAH: Antara ketua keluarga yang menerima bantuan kewangan JAPEM yang disampaikan oleh Dayang Mirany Floridzah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...