Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kebakaran dapat perhatian

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb – Dalam usaha meringankan bebanan mangsa kebakaran Berek Penerbangan Awam Jalan Berakas pada 22 Januari lalu, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah menyerahkan wang agihan zakat berjumlah $1,200 dan peralatan sekolah kepada enam orang penghuni rumah berkenaan.

    Majlis penyerahan tersebut diadakan pada pagi hari ini, di Berek Penerbangan Awam, Jalan Kustin (tempat tinggal sementara) dan telah disampaikan oleh Pemangku Setiausaha MUIB, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop.

    Para penerima terdiri daripada Awang Mohidi bin Haji Besar (pemilik rumah), isterinya, Dayang Sahirah binti Hamid dan empat orang anak dengan setiap mereka menerima $200 seorang.

    Kesemua wang tunai berkenaan diambil daripada peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin.

    Dengan adanya agihan wang zakat berkenaan diharap akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa dan dengan harapan semoga mereka lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan ahli keluarga daripada ditimpa musibah pada masa akan datang.

    Haji Abdul Aziz mengagihkan wang zakat kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Berek Penerbangan Awam, Jalan Berakas pada Januari lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda