Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran rumah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Sebuah keluarga yang menjadi mangsa kejadian kebakaran rumah telah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), hari ini.

    Penyerahan bantuan kepada wakil Pengiran Hajah Aisah binti Pengiran Haji Menudin telah disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari pada majlis yang berlangsung di Bilik Kunjungan, KKBS.

    Kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah rumah Jalan Menglait 2, Gadong pada 31 Ogos lalu sekitar jam 5 petang telah merosakkan sebahagian tingkat bawah rumah dengan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

    Pemberian bantuan kewangan itu adalah untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami mangsa di samping untuk meneruskan kehidupan seharian.

    Usaha tersebut menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Hajah Nor Ashikin menyampaikan bantuan kewangan kepada wakil Pengiran Hajah Aisah pada majlis yang diadakan di Bilik Kunjungan, KKBS kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...