Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Mangsa kebakaran rumah yang berlaku di Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut, Daerah Belait baru-baru ini, telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

    Majlis penyerahan bantuan kewangan kepada Pengiran Hajah Maslina binti Pengiran Haji Edithed telah diadakan di Bilik Kunjungan, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini dan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Menurut kenyataan KKBS, kejadian kebakaran itu berlaku pada 9 Jun lalu sekitar pukul 4:53 petang dan telah memusnahkan sebahagian tingkat atas rumah namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

    Bantuan kewangan itu dihasratkan agar dapat menampung kehidupan seharian selain meringankan kesusahan yang dialami.

    Usaha itu menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...