Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Mangsa kebakaran terima bantuan kewangan

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan JAPEM

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Mangsa kejadian kebakaran rumah yang berlaku pada 16 Oktober lalu di Kampung Burong Pingai Ayer, Daerah Brunei dan Muara hari ini menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-PertuanNegara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada malis penyerahan hari ini yang diadakan secara pandu lalu bertempat di Lobi, KKBS.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin kepada Dayang Siti Mahirah binti Haji Budin, Wan Zunaidah Ariff binti Mohammed Zain Ariff dan Dayang Aisah binti Haji Metali, pemilik rumah dalam kejadian kebakaran rumah di kampung berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Kampung Burong Pingai Ayer, Haji Tarip bin Haji Asgar.

Kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 9 malam pada 16 Oktober yang lalu telah meranapkan dua buah rumah milik Dayang Siti Mahirah dan rumah yang didiami Wan Zunaidah Ariff. Manakala rumah Dayang Aisah binti Haji Metali pula mengalami kerosakan.

Pemberian bantuan kewangan tersebut adalah untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana bagi meneruskan kehidupan seharian.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan kewangan kepada salah seorang mangsa kebakaran.
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menadahkan tangan semasa doa dibacakan pada majlis penyerahan sumbangan kewangan secara pandu lalu tersebut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -