Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran terima bantuan kewangan JAPEM

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Mangsa kebakaran rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri baru-baru ini telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

    Majlis penyerahan bantuan kewangan kepada Dayang Masnah binti Haji Jumat telah diadakan kelmarin di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Menurut kenyataan JAPEM, kejadian kebakaran pada 10 Mei pukul 4:40 itu telah meranapkan bahagian dapur serta merosakkan bahagian lain dalam rumah Dayang Masnah.

    Semasa kejadian, penghuni tidak berada di rumah dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

    Mangsa telah diberikan bantuan kewangan untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami bagi meneruskan kehidupan seharian.

    Usaha berkenaan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyerahkan bantuan kewangan kepada Dayang Masnah.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...