Mangsa kebakaran terima bantuan kewangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Mangsa kebakaran di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Rimba, baru-baru ini, telah mendapat perhatian daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam apabila menerima bantuan kewangan menerusi Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Majlis penyerahan bantuan berkenaan telah diadakan di KKBS, di sini, hari ini, di mana bantuan diserahkan oleh Setiausaha Tetap di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan kepada ketua keluarga berkenaan, Hajah Badariah binti Mamudin.

Dengan adanya sumbangan berkenaan, diharap akan dapat membantu meringankan lagi bebanan harian mangsa serta keluarga.

Usaha ini juga menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

Pengiran Haji Mohd Hasnan menyerahkan bantuan kewangan kepada Hajah Badariah di Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Belia.