Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kebakaran terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Sebanyak sembilan buah keluarga dengan keramaian 45 orang yang terlibat dalam kejadian kebakaran pada 7 Disember 2016 di Kampung Pandai Besi ‘A’ menerima sumbangan masing-masing daripada warga kampung berkenaan yang berupa pakaian, makanan, barangan dapur dan kewangan.

    Sumbangan-sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Kampung Pandai Besi ‘A’ dan ‘B’, Pengiran Haji Ayub bin Pengiran Sulaiman yang diadakan di kediaman beliau.

    Pengiran Haji Ayub menyatakan bahawa sumbangan-sumbangan yang disampaikan termasuk 104 kotak pakaian, 12 guni beras dan sembilan botol minyak masak itu bertujuan semata-mata bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa kebakaran.

    Pengiran Haji Ayub kemudian menjelaskan, sumbangan berkenaan merupakan hasil usaha daripada para penduduk Kampung Pandai Besi ‘A’ yang terpanggil berikutan dengan tragedi menyayat hati itu. Atas rasa keprihatinan yang mendalam mereka telah mengadakan mesyuarat pada 16 Disember 2016 dan seterusnya membentuk Jawatankuasa Bertindak Derma Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’.

    Pengiran Haji Ayub ketika menyampaikan sumbangan berkenaan.
    Pengiran Haji Ayub ketika menyampaikan sumbangan berkenaan.

    Salah seorang penerima sumbangan, Haji Abdul Rahim ketika ditemu bual Media Permata, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak individu dan pelbagai pihak yang mana berkesudian menyumbangkan derma dalam bermacam bentuk.

    Buat setakat ini, keluarga beliau masih menetap sementara di Dewan Kompleks Sungai Asam, sementara menunggu pihak tertentu memberikan penempatan tetap.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda