Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN,16 MEI – Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Kampung Mentiri Kawasan 2 dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) RPN Kampung Mentiri Kawasan 2 telah menghulurkan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di RPN Mentiri pada 10 Mei lalu.

    Sumbangan berupa bara-ngan keperluan harian diterima oleh wakil Dayang Masnah binti Haji Jumat pada majlis yang diadakan di rumah Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Mentiri Kawasan 2, Awang Zulkifli bin Mat Zin, baru-baru ini.

    Penyerahan sumbangan di-sempurnakan oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Awang Rosdin bin Haji Abdul Aziz.

    Sumbangan tersebut meru-pakan hasil kutipan daripada penduduk RPN Kampung Mentiri Kawasan 2 dan orang perseorangan bagi sama-sama meringankan beban mangsa kebakaran.

    Awang Rosdin menyampaikan sumbangan untuk mangsa kebakaran di RPN Mentiri. – Gambar serahan MPK RPN Kampung Mentiri Kawasan 2
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...