Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Mangsa kebakaran terima sumbangan Yayasan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Bagi membantu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga yang menjadi mangsa kebakaran rumah di RPN Lambak Kanan pada 27 April lalu.

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan, hari ini, oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud selaku ahli Lembaga Pengarah Yayasan dan pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-bantuan Yayasan kepada ketua keluarga berkenaan, Awang Julkifli bin Haji Hidup.

    Ketika ditemui, Awang Julkifli menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas sumbangan yang diberikan melalui Yayasan.

    Penyampaian sumbangan berkenaan adalah selaras dengan dasar penubuhan Yayasan untuk terus melaksanakan aktiviti kebajikan khususnya membantu mereka yang sangat memerlukannya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti menyerahkan sumbangan kepada ketua keluarga mangsa kebakaran.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -