Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa kebakaran terus mendapat perhatian

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Mangsa kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang prihatin membantu meringankan beban mangsa.

    Hari ini, Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi ‘A’ dan Kampung Lurong Dalam telah menerima sumbangan sebanyak $450 daripada Syarikat Methanol Brunei Sdn Bhd (BMC).

    Majlis penyampaian sumbangan tersebut berlangsung di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Haji Daud bin Haji Jais kepada Pemangku Pengarah JAPEM, Awang Abdul Rahman bin Haji Apong.

    Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut ialah pegawai-pegawai dari JAPEM dan wakil dari BMC.

    Haji Daud menyerahkan sumbangan kepada Awang Abdul Rahman.
    Haji Daud menyerahkan sumbangan kepada Awang Abdul Rahman.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda