Mangsa kemalangan perahu sudah ditemui

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mac – Mangsa kejadian perlanggaran dua buah perahu di perairan Pulau Muara Besar telah ditemui kira-kira 6:30 pagi tadi setelah 38 operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Mangsa berusia 33 tahun tersebut ditemui oleh ahli keluarga mangsa yang turut sama membantu menjalankan pencarian.

Mayat tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) untuk dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi pemeriksaan dan siasatan lanjut.

Dengan penemuan mangsa yang hilang maka operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan beberapa buah agensi terdiri daripada Polis Marin PDB, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diberhentikan sepenuhnya.