Mangsa nahas pesawat Sriwijaya dikebumikan

JAKARTA, 14 JAN – Rakan-rakan dan sanak saudara meratapi mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air di tanah perkuburan di Jakarta hari ini ketika mereka mengebumikan jasad seorang kru penerbangan tersebut, manakala penyelam memulakan semula pencarian bagi kotak hitam keduanya.

Okky Bisma, 29, merupakan mangsa pertama disahkan daripada nahas tersebut selepas cap jari daripada tangan yang ditemui sepadan dengan pangkalan data kerajaan.

Terdapat 62 kru dan penumpang, termasuk 10 kanak-kanak dalam pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 ketika ia menjunam 10,000 kaki dalam masa kurang seminit sebelum terhempas ke dalam Lautan Jawa sejurus berlepas dari Jakarta.

Sekurang-kurangnya lima mangsa sudah pun dikenal pasti, ketika pemeriksa forensik meneliti cebisan mayat ditemui dari pesawat itu di dasar laut, dengan harapan dapat memadankan DNA sanak saudara, dalam satu proses yang boleh mengambil masa yang panjang. – AFP

Sanak-saudara dan rakan mendoakan Okky Bisma, serang pramugara mangsa Sriwijaya Air yang terhempas ke laut Jawa dalam majlis pengebumiannya di Jakarta, 14 Januari. –AP