Mangsa pukul maafkan rakan sekerja

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Seorang lelaki warga Vietnam yang didakwa menyerang rakan sekerjanya, bernasib baik apabila Mahkamah Majistret, hari ini, bersetuju untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapinya.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman membuat keputusan untuk menggugurkan kes Luu Thanh Tung, 43, apabila mendengar mangsa yang sudi memaafkannya.

Tertuduh sebelum itu berdepan tuduhan memukul mangsa berusia 36 tahun di tapak kerja mereka di Lumut sekitar jam 9:30 malam pada 18 Februari 2020.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Syafina binti Abdul Hadzid.